TRADE THE ENGULFING


TRADE THE ENGULFING CANDLE

      Setelah hampir beberapa tahun dalam industry forex trading dan mengkaji market, saya menemukan beberapa cara simple yang membuatkan saya dapat menghasilkan konsisten profit sepanjang tempoh menjadi full time trader. Sebenarnya dalam forex trading, tidak kira apa jua teknik yang anda pelajari sampai satu tahap anda akan menemukan satu teknik/pemahaman sendiri yang anda rasa anda boleh hasilkan profit dengan cara tersebut. Di sini saya akan kongsikan dengan anda sebahagian tips yang saya gunakan untuk menghasilkan profit yang konsisten.

     Bentuk/pattern candle menjadi kegemaran kebanyakkan trader untuk membuat penentuan pergerakan arah market sewaktu melakukan trading. Kerana mengikut sejarah yang lepas, apabila terjadi bentuk-bentuk candle tersebut maka kebiasaannya market akan bergerak mengikut arah yang ditunjukkan melalui signal pembentukan candle tersebut.

     Kepada anda yang meminati bentuk candle engulfing, di sini saya senaraikan beberapa kriteria engulfing yang mana ia dapat membantu anda untuk membuat entry dengan lebih baik. Kebanyakkan bentuk candle yang saya temukan, engulfing adalah salah satu bentuk candle yang sangat valid untuk diambil kira di dalam penentuan arah terutama bila bentuk tersebut terhasil di timeframe yang lebih besar seperti H4 dan juga Daily.

     Sebelum itu, kepada anda yang masih lagi belum mengenali bentuk candle engulfing, boleh rujuk gambar untuk mengenali engulfing. Bentuk engulfing mempunyai dua kategori utama iaitu Bullish Engulfing dan juga Bearish Engulfing. Bullish engulfing menunjukkan market akan naik manakala bearish engulfing menunjukkan market akan turun.

Bullish engulfing



Bearish engulfing





        Engulfing candle ni lebih valid bila anda tahu serba sedikit mengenai dengan price action. untuk perbincangan kali ini, kita akan lebih membincangkan mengenai engulfing candle berbanding dengan price action. 
        Bila dalam keadaan market menurun, candle bear/sell akan lebih mendominasi sehingga datangnya satu candle bull/buy yang lebih besar yang mengatasi candle sell yang sebelumnya. keadaan ini bermaksud, candle buyer tersebut akan lebih mendominasi dan sedang cuba untuk mengatasi candle seller. Maka akan terbentuklah candle Bullish Engulfing. Ia adalah petanda awal market akan berubah arah dan kembali mendaki. Tiada syarat yang khusus untuk candle dominan ini tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa body candle buy yang dominan tadi mestilah dua kali ganda lebih panjang atau lebih berbanding dengan candle sell yang terakhir.



      Begitu juga sebaliknya yang terjadi untuk bentuk bearish engulfing. Di waktu market sedang membuat kenaikan, candle buy/bull akan lebih mendominasi sehingga datangnya satu candle dominan sell/bear yang mengatasi candle bull/buy yang terakhir. 


WAKTU YANG SESUAI UNTUK ENTRY

      Tiada waktu dan kedudukan yang spesifik untuk melakukan entry. Anda boleh sahaja entry sell/buy selepas bentuk engulfing terhasil. tetapi harus diingat, kawalan margin adalah sangat penting kerana jika berlaku retracement, maka anda terpaksa hold untuk satu jangka waktu yang agak lama. Jika dilihat pada sejarah yang lepas, apabila berlakunya engulfing maka akan berlakunya retracement. Jadi waktu yang agak sesuai untuk anda melakukan entry adalah sewaktu berlakunya retracement. 
      Lihat contoh dalam gambarajah di mana berlakunya Bearish Engulfing dan zone entry untuk anda dapatkan entry yang baik.




       Apabila berlakunya bearish engulfing, maka kita akan tandakan zone sebegitu untuk kita kenal pasti point of entry yang baik di mana kita mengambil jarak daripada shadow yang paling atas candle buy/bull yang terakhir (candle buy yang kecil dalam zone biru bersebelahan candle sell yang dominan) sehingga shadow  yang paling bawah candle buy/bull tersebut. sekiranya shadow candle sell dominan disebelahnya lebih panjang, maka shadow itu juga harus masuk ke dalam zone for entry.
       Jika dilihat dalam gambarajah, point of TP (take profit) pertama di letakkan pada line 'Resistance Become Support'. ianya adalah lebih kurang 100pips (1000point) jaraknya daripada entry zone biru tersebut. jika anda membuat entry dengan lot 0.1 di dalam MT4, maka anda telah memperoleh 100usd keuntungan apabila market mencecah line TP tersebut.
      Ada sebahagian pendapat mengatakan perlu menarik FIBO untuk mendapatkan entry yang terbaik. Ya, ada benarnya juga kerana line fibo adalah sebagai indicator yang dapat menunjukkan kawasan-kawasan yang valid untuk entry.
      Gambarajah menunjukkan candle bearish engulfing yang terjadi di timeframe Daily. jadi jika anda adalah seorang day trader, anda boleh menggunakan knowledge yang ada untuk menarik fibonacci retracement pada timeframe H1 menggunakan konsep OHLC (open,high,low, close) agar anda dapat mengenalpasti rejection (CRS) yang berlaku di timeframe yang lebih kecil untuk anda mendapatkan entry yang terbaik apabila market telah memasuki kawasan zone biru yang ditanda tadi.
      Perkongsian akan datang saya akan kongsikan pula dengan anda sedikit sebanyak mengenai price action, OHLC, pivot line dan cara untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dalam trading agar ia menjadi ultimate filter untuk anda gunakan dalam trading nanti.
   

~BelajarBerdagangMatawang~






Comments

Popular Posts