TRADING SIGNAL DARIPADA PRICE ACTION

TRADING SIGNAL DARIPADA PRICE ACTION


   Pertama sekali anda harus mengetahui mengenai pergerakan market melalui konsep Lower Low (LL), Lower High(LH), Higher Low(HL), Higher High(HH) ataupun dalam ilustrasi mudah kita boleh menggunakan abjad A-B-C untuk menggantikan konsep tersebut. Lihat gmabarajah untuk memahami lebih lanjut mengenai pergerakan arah market.

Up-trend market



Down-trend market



Di dalam trading, sebenarnya kita mencari setup yang membolehkan kita untuk mendapatkan confirmation sama ada untuk buy ataupun sell melalui konsep price action ini. Ia juga dikenali sebagai Price action pattern/strategy.

Apabila market bergerak, ia akan meninggal kesan jejak ataupun sejarah candle yang membuatkan kita dapat mengagak ke mana arah market menuju selepas ini. Untuk lebih validity, kita akan melihat pergerakan market melalui konsep price action ini dengan gabungan line/price/kawasan yang mempunyai titik persilangan (confluence).


Confluence atau titik persilangan ini adalah apabila terjadinya pin bar pada kawasan yang bersilang seperti kawasan support/resistance ataupun boleh pada kawasan RBS dan SBR.
Lebih kuat lagi jika pin bar ini terhasil pada kawasan titik persilangan antara support dan juga RBS (resistance become support) atau antara Resistance dan juga kawasan SBR (Support become resistance) dalam satu kawasan yang berdekatan.

Lihat gambarajah di bawah di mana rejection (Pin-Bar) berlaku di kawasan RBS dan SBR



Jika dilihat pada gambarajah di bawah pula, anda dapat menjangkakan point of entry yang sesuai apabila terhasilnya pin bar pada point of confluence.


Di dalam gambarajah di atas, ada dua parameter yang menguatkan validity untuk trader membuat entry sell iaitu :

1) Pin bar reversal terhasil pada point of confluence
2) Market yang menunjukkan arah down trend (trend menurun)

Sewaktu market melakukan pertukaran arah sama ada dari downtrend ke uptrend atau dari uptrend ke downtrend, biasa terjadi di mana market akan berada dalam keadaan tenang di mana pergerakannya adalah berada dalam lingkungan harga yang hampir sama. Jika jarak antara candle pattern adalah terlalu dekat, kita kenali ia sebagai market "sideway" manakala jika jarak antara candle pattern adalah jauh kita kenali ia sebagai market berada dalam keadaan trading range. Dalam keadaan side way atau trading range ini, ia adalah peluang yang baik untuk day trader dan scalper untuk menghasilkan profit yang lumayan. Paling baik adalah apabila anda menemukan Range-Trading ini kerana anda dapat mengagak pergerakan market dengan lebih mudah di mana harga hanya bermain di sekitar kawasan trading-range sahaja. Untuk market sideway yang mana jarak antara daily candle adalah terlalu dekat (up/down) anda memerlukan satu teknikal analisis yang lebih mendalam jika anda ingin trade waktu market sideway ini. Teknikal analisis yang dimaksudkan ialah analisis market pada timeframe yang lebih kecil seperti H4, H1 dan ke bawah.


Jadi di sini dapat dirumuskan bahawa jika anda memahami konsep price action ini, ia amat mudah untuk anda trade sama ada trade dengan konsep Trend-Trading ataupun trade dengan konsep Trading-range. Jika dilihat dalam gambarajarah di atas dalam Lingkungan trading range (kotak yang lebih besar) anda boleh melihat ada beberapa pin bar/rejection yang berlaku pada bahagian atas dan bawah. Waktu berlakunya pin bar-pin bar ini, ia adalah sesuai untuk anda membuat entry sama ada buy (pin bar berada di bawah) ataupun entry sell (pin bar terhasil di atas) untuk anda menghasilkan profit.

Rumusan

Dalam forex trading, tidak semua analisa yang kita lakukan adalah tepat, akan tetapi setiap analisa yang dilakukan mestilah mempunyai sebab yang valid untuk anda entry sama ada buy/sell. Jika anda betul-betul mengikuti guideline trading yang saya kongsikan di dalam perkongsian ini, saya yakin anda boleh trade dengan lebih baik apabila anda memahami pergerakan dan hala tuju market. Jika berlaku sebaliknya, ia adalah pergerakan market yang tidak dalam kawalan kita, maka penjagaan margin adalah sangat penting dalam trading agar anda tidak kehilangan kesemua wang anda disebabkan oleh margin call.

Perkongsian akan datang saya akan kongsikan dengan anda mengenai penggunaan pivot line (day and scalping trader), kawalan margin serta cara untuk set risk & reward dalam trading.


~BelajarBerdagangMatawang~

Credit to : NialFuller

Comments

Popular Posts