FALSE BREAKOUT & FAKE REJECTION PIN BAR

FALSE BREAKOUT/FAKE REJECTION PIN BAR

Sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda mengenai cara trade pin bar dan cara mengenali pin bar yang valid. kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai false breakout yang sering terjadi dan menyebabkan trader keliru sama ada pin bar tersebut valid ataupun tidak untuk membuat entry.

Memang diakui pin bar adalah salah satu tools yang sangat hebat dalam trading kerana begitu ramai traders yang dapat menghasilkan profit yang lumayan hanya dengan trade pin bar candle sahaja. tetapi perlu di ingati, tidak semua pin bar adalah valid kerana ada sesetengahnya adalah "false breakout" di mana apabila berlaku false breakout ini, market tidak bergerak seperti jangkaan traders.

Kita ulangi semula criteria WAJIB yang perlu ada pada pin bar untuk membuatkan ia menjadi valid untuk entry :

1) Harga open dan close pin bar mestilah berada di antara/di dalam body candle yang sebelumnya
2) Shadow pin bar mestilah 3kali atau lebih panjang daripada body pin bar tersebut
3) NOSE atau hidung pin bar menonjol keluar daripada candle yang lain

Perkara pertama yang anda perlu hadam ialah : 

"Sentiasa pastikan candle close dahulu, baru anda lakukan entry"

Jika tiada syarat WAJIB ini maka kebarangkalian pin bar tersebut melakukan false breakout adalah tinggi. Sekiranya tidak memenuhi kriteria pin bar, maka 90% kebarangkaliannya adalah false breakout. perlu diingat, pin bar adalah sejenis candle yang dikenali sebagai REVERSAL signal. sebab itulah nama penuhnya ialah "Pin Bar Reversal".

Jom kita lihat beberapa kesalahan trader yang sering dilakukan ketika trade menggunakan pin bar ini.

1) TRADER MENGAMBIL PIN BAR PADA KAWASAN YANG SALAH DALAM CHART

Sekali lagi ditegaskan bahawa pin bar ialah sejenis reversal, ia bukanlah penerusan/kesinambungan pergerakan market. contohnya market sedang melakukan penurunan, kemudian datangnya satu BEARISH PIN BAR di antara candle sell tersebut. Sebahagian besar trader menganggap ia adalah confirmation untuk sell sedangkan ia adalah "false breakout" kerana sifat pin bar itu sendiri adalah REVERSAL, not Continuation.


gambarajah di atas menerangkan bagaimana seharusnya pin bar yang valid terhasil. market pada permulaan membuat kenaikan, kemudian datangnya bearish pin bar yang menyebabkan reversal di mana market kemudian membuat penurunan. Di bawah ini pula  adalah kriteria pin bar yang tidak valid atau "false breakout" yang sering disalah erti oleh trader sebagai pin bar reversal :


gambarajah di atas jelas menunjukkan bahawa pin bar yang terhasil adalah bersifat continuation/penerusan/kesinambungan pergerakan market. Ia bukanlah signal yang valid/confirmation untuk anda entry sell.


2) PIN BAR TIADA RUANGAN UNTUK NAIK/TURUN

Kesilapan kedua trader adalah apabila pin bar ini terjadi sebagai continuation dan tiada ruangan untuk pin bar tersebut menjadi valid untuk reversal. sebagai contoh, dalam gambarajah di bawah ia jelas menunjukkan 3 pin bar yang berjajaran dan harga resistance di atas telah menolak ketiga-tiga pin bar ke bawah kerana untuk membuat kenaikan, market mesti melepasi harga resistance tersebut dahulu.


3) PIN BAR TIDAK BEBAS DARI HARGA CANDLE LAIN DAN TIADA RUANG UNTUK BERGERAK

Kesalahan trader yang seterusnya adalah mengenalpasti pin bar yang memenuhi criteria yang ketiga iaitu pin bar mestilah menonjol dan bebas daripada harga candle yang lain yang bersebelahan dengannya. Contoh pin bar yang valid adalah seperti gambarajah di bawah :



lihat pada gambarajah di atas, pin bar tersebut jelas dan bebas (stick out away) daripada harga candle yang bersebelahan dengannya dengan hidung yang menonjol dan tidak terikat dengan mana-mana harga candle yang bersebelahan dengannya.

lihat dan bandingkan pula dengan gambarajah di bawah di mana pin bar tidak mempunyai ruang yang bebas untuk bergerak di mana pin bar berada dalam lingkungan harga candle yang bersebelahan dengannya :




Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu anda untuk trade dengan lebih baik serta dapat mengenal pasti antara BREAKOUT & FAKEOUT (fake reversal/false breakout).

~Belajarberdagangmatawang~

Credit to : forexschoolonline

Comments

Popular Posts