MONEY MANAGEMENT

MONEY MANAGEMENT

Dalam forex trading perkara yang sering  dibincangkan adalah mengenai money management. setiap orang mempunyai cara yang berbeza bagaimana mereka melakukan pengurusan wang dalam forex trading agar risiko dapat direndahkan pada tahap yang seminimum yang mungkin dan memaksimumkan profit.

Kawalan margin di dalam forex trading sangatlah penting kerana trader tidak dapat mengawal pergerakan market tetapi mereka dapat mengawal margin mereka supaya dapat bertahan apabila market bergerak pada arah yang berlawanan dengan posisi trading yang dilakukan oleh trader.

Dalam perkongsian ini saya akan berkongsi mengenai money management dan dalam perkongsian seterusnya saya akan ulas mengenai Account Management kerana dua elemen ini  sangat penting bagi anda yang ingin menjadi seorang forex trader yang berjaya.

Apa itu money management?

Seperti yang  sedia maklum kita tak dapat mengawal market, jadi untuk memastikan ketahanan akaun kita mampu untuk mengharungi badai pergerakan market yang extreme, maka kita perlu mengawal margin dengan baik agar akaun kita tidak "MC" atau total  lost.

Boleh lihat contoh  di bawah untuk cara kawalan margin yang asas :

Contoh : Balance akaun = 100USD

Kawalan margin MM1000 = 100/10,000 point = 0.01

bermaksud jika anda membuka posisi trading dengan lot size 0.01 (standard  lot) maka ketahanan akaun anda adalah lebih kurang 1000pips/10,000 point pergerakan arah market  yang bertentangan. jika anda entry dengan lot 0.01 ini,  jika market berubah arah, akaun anda masih lagi mampu bertahan sehingga 1000 pips pergerakan  market yang  bertentangan.

Kawalan margin MM500 = 100/5,000 point = 0.02

bermaksud jika anda membuka posisi trading dengan lot size 0.02 (standard lot) maka ketahanan akaun anda adalah lebih kurang 500 pips

Kawalan margin MM350 = 100/3,500 point = 0.0285 @ 0.03

bermaksud jika anda membuka posisis trading dengan lot size 0.03 (Standard lot) maka ketahanan akaun anda  adalah lebih kurang 350 pips.

Kebanyakkan trader harian (day trader) dan Scalper, kebiasaannya MM350 akan menjadi  pilihan utama kerana biasa pergerakan market harian untuk pair  major adalah antara 50pips~150pips per day.

Kawalan margin risk dan reward

Dalam forex trading, anda juga  perlukan sedikit pengiraan untuk anda kenalpastii risiko dan perolehan yang bakal anda dapat apabila  anda memasuki satu-satu posisi dalam trading.

Contohnya :

anda membuka posisi BUY dalam market dengan meletakkan stop lost (SL) 30pips daripada entry price dan take profit (TP) 60  pips daripada entry price, dan anda membuka posisi  trading dalam 6 pair  yang berbeza.

Jika 2 daripada pair tersebut  kena stop  lost point (SL). maka akan kerugian sebanyak 30pipsx2 pair = 60pips, tetapi jika 3 pair lagi mengenai point take profit (TP) maka anda akan untung 30pips x 4 pair = 90pips.

Jadi keuntungan bersih anda adalah 90pips-60pips = +30pips

jika dinisbahkan kerugian dengan keuntungan maka, anda akan memperoleh perkadaran 1:3.

Jika anda meletakkan stop lost (SL) sebanyak 20pips, TP 60pips dan anda trade 6pair, Jika 4pair mengalami lost, maka anda akan kerugian 20pipsx4 = 80pips dan jika 3pair sahaja yang kena TP, anda masih lagi  dapat keuntungan 60pips x 2 = 120pips.

jadi keuntungan bersih anda adalah 120pips - 80pips = +40pips.

Beginilah cara bagaimana kita menentukan risk dan reward dalam trading.

perkongsian akan datang saya akan kongsikan mengenai account management di mana anda boleh mempelajari cara bagaimana seorang full time forex trader menguruskan akaun dengan baik.

~belajarberdagangmatawang~


Comments

Popular Posts