PIVOT DAILY LINE TRADING

PIVOT LINE TRADING

   Kali ini saya  akan share dengan anda mengenai dengan pivot line trading. Ia adalah sesuai untuk anda yang suka intraday ataupun scalping trading type di mana garisan pivot ini akan berubah setiap hari.

   Apa itu pivot line?

Pivot line adalah garisan persempadanan candle harian di mana ia adalah satu  garisan persempadanan yang kuat untuk trading harian. pivot line juga boleh dikatakan sebagai garisan perantara yang menentukan arah pergerakan market apabila market break atau reject pivot line ini.

Contoh pivot line berserta garisan Support, Resistance, Resistance become support dan Support become resistance.


Anda boleh perhatikan dalam gambarajah di atas, pivot line adalah berwarna purple, line merah S1,S2,S3 adalah line support, manakala R1,R2,R3 adalah line resistance. yang berwarna biru adalah line SBR dan RBS. Support & Resistance (S&R) ini akan berubah setiap hari dan ianya merujuk kepada S&R di timeframe H4. begitu  juga dengan line pivot ia akan berubah setiap hari sewaktu candle daily hari semalam complete. Dalam contoh di atas, Daily candle untuk broker Juno Markets berubah pada jam 8a.m setiap hari.

Kenapa Line pivot? kata trade tak pakai indicator?

Okay, pertama sekali saya nak anda semua faham, indicator ni ada dua kategori. Pertama Lagging indicator seperti RSI, Stoch, MACD dan lain-lain. Kenapa namanya lagging indicator? ia adalah kerana indicator-indicator ini adalah delay, market bergerak dahulu baharulah indicator akan ikut.
Pivot line, SNR, Fibo dan sewaktu  dengannya pula dikenali sebagai Leading Indicator di mana ia adalah petunjuk utama di mana market mempunyai potensi yang besar untuk membuat reversal atau retracement apabila mencecah pada garisan-garisan tersebut.

Saya menggunakan indicator ini hanya  untuk scalping dan juga intraday trading sahaja. Sebab bila nak scalping saya akan buka 3-10 pair dalam satu-satu masa. Jadi untuk memudahkan kerja mengenalpasti garisan support dan resistance harian setiap pair, saya gunakan pivot line ini, jadi tak perlu la nak draw S&R untuk setiap pair. Kalau ada 10 pair  untuk  scalping, kita akan menghabiskan masa untuk draw lines S&R ni.

Macam mana nak trade menggunakan line pivot daily ni?

Setiap setup mestilah ada S.O.P tersendiri yang perlu diikuti agar kita dapat menghasilkan profit dan jika berlaku perubahan arah market, kita tahu waktu bila untuk cut lost atau ubah posisi dalam trading. Berikut adalah S.O.P yang perlu anda ikuti kalau nak gunakan indicator ini. 

1) KENAL PASTI TREND SEMASA

Jika anda adalah seorang day trader atau scalper, anda perlu kenalpasti trend semasa untuk pair yang anda trade agar jika berlaku market arah bertentangan potensi untuk anda win the trade masih ada. Kepada yang dah follow blog ini sebelum ini, anda boleh kenal pasti jangkaan pergerakan market mengikut bentuk candle dan juga price action. Berikut adalah contoh di mana anda boleh lihat trend. Kebiasaannya bagi day trader atau scalper, mereka akan melihat trend di Daily dan juga H4.



Jika anda melihat gambarajah pair Eurusd ini, anda dapat melihat trend semasa adalah down-trend iaitu menurun. Candle daily yang terakhir hari sebelumnya menunjukkan candle bearish di mana ada rejection yang berlaku pada trendline tersebut. Jadi anda boleh membuat rumusan awalan bahawa market adalah kuat untuk turun (strong bearish).


2)KENAL PASTI CANDLE YANG OPEN & CLOSE DI H4 DAN H1 PADA HARI TERSEBUT

Sebagai contoh, semalam (14hb March 2018), anda boleh melihat candle H1 terakhir yang close untuk hari tersebut berada pada garisan period separator. Selepas garisan period separator itu ialah candle yang open pada hari ini (15hb March 2018).


Jika dilihat dalam gambarajah di atas, candle yang close pada hari tersebut ialah candle bull (di timeframe H1) dan ianya berada di antara garisan pivot. Manakala candle yang open pada jam 8pagi dan close pada jam 9pagi ialah candle bear dan ianya juga berada di atas garisan pivot.

Jika keadaan ini berlaku, seharusnya trader mengambil keputusan untuk tidak lagi melakukan entry pada waktu ini kerana potensi ada untuk market naik ataupun turun adalah sama banyak.

Dalam keadaan yang berlainan, ada beberapa kebarangkalian yang perlu diperhatikan iaitu :

    a) Jika candle H1 semalam close di atas line pivot dengan candle BULL, boleh ambil posisi BUY dengan TP terdekat pada line R1 (resistance pertama) untuk scalping tetapi harus diingat bahawa trend semasa di daily adalah down trend. jika market retrace ke pivot line dan break pivot line, anda boleh pertimbangkan untuk cut lost posisi buy tersebut dan menunggu hingga retracement berlaku ke pivot line untuk anda ambil posisi sell.

   b) Jika candle H1 semalam close di bawah pivot line dengan candle BULL, tunggu sehingga ia retrace ke atas dan jika ada rejection berlaku pada pivot line baharulah anda boleh pertimbangkan untuk masuk posisi sell. Selari dengan trend semasa daily iaitu down trend, jika market berubah arah anda dan break pivot line ke atas, anda boleh pilih sama ada untuk cut lost dan tunggu sehingga rejection berlaku di garisan resistance di atas atau anda boleh memilih untuk hold posisi trading jika anda masih berada dalam kawalan margin.

  c) Jika candle H1 semalam close di atas pivot line dengan BEAR candle, tunggu dulu sehingga market turun merapati pivot line. Jika berlaku rejection di kawasan pivot line, maka anda boleh entry posisi BUY dengan SL yang dekat antara garisan Support S1 dan juga garisan RBS (Line biru M2) di bawah pivot line tersebut. Untuk scalping dan intraday boleh gunakan setup ini tetapi sentiasa ingat bahawa trens semasa daily adalah downtrend jadi jika anda ambil posisi BUY jangan hold account terlalu lama. Bila berlaku rejection di mana-mana garisan Resistance dan ada candle Reversal signal, maka ia adalah petanda awal untuk anda close posisis BUY yang telah dibuka.

  d) Jika candle H1 semalam close di bawah pivot line dengan BEAR candle, anda boleh entry posisi SELL kerana yang lebih menguatkan confirmation entry anda adalah trend di Daily yang menunjukkan down trend. Jika berlaku retracement ke atas, perhatikan jika ada rejection pada pivot line, anda boleh melakukan entry kedua untuk sell dengan meletakkan SL di kawasan antara line Resistance R1 dan juga line SBR (line biru M3). Target TP anda paling jauh adalah line S2 dan juga S3.

3)SCALPING MENGGUNAKAN LINE PIVOT DAN S&R

Sebelum ini saya telah menulis mengenai price action dan juga reversal signal pattern termasuklah candle engulfing dan pin bar. Jadi untuk scalping, anda boleh menggunakan step berikut.

   a)Lihat pada timeframe H1 trend dan juga price action. Jika trend adalah down trend, price action menunjukkan market down, tunggu sehingga retracement berlaku dan terhasilnya candle reversal signal di mana-mana timeframe yang lebih kecil seperti M30, M15 dan M5. 
   b)Perhatikan garisan-garisan seperti Support dan resistance, jika  ada candle reversal signal yang selari dengan trend semasa serta price action, perhatikan pergerakan market di setiap timeframe yang lebih kecil (H1 dan ke bawah). Lakukan entry di timeframe M5 untuk mendapatkan ketepatan entry  yang lebih persis.


Perhatikan contoh yang diberikan dalam gambarajah di atas. Di timeframe M5, market adalah down trend begitu juga dengan price action, kemudian market membuat retracement kenaikan hingga ke garisan Support S1. pada waktu ini, support ini telah menjadi satu resistance (penghalang) untuk market membuat  kenaikan. Lihat dalam gambar ada satu CSR (candle reversal signal) di line support S1 tersebut di mana telah terbentuk pin bar reversal. jadi waktu beginilah seharusnya anda entry posisi sell scalping dengan target TP pada line M1 dan juga S2.


Rumusan

Walau apa pun juga teknik yang anda gunakan, anda boleh gabungkan teknik anda ini dengan konsep trading yang saya kongsikan dalam post ini. Ada trader yang menambah filter confirmation entry dengan Boilenger band, Stoch, EMA dan lain-lain. Ia adalah bagus sekiranya  anda faham dan tahu bagaimana untuk gunakan indicator tersebut dan gabungkan dengan konsep trading ini. Ia akan menambahkan lagi validity entry anda.

Untuk sebarang persoalan, anda boleh hubungi terus team saya dan kami akan masukkan anda ke dalam group support whatsapp dan juga telegram channel. Boleh hubungi +60108616715 untuk masuk ke group kami secara percuma.

~BelajarBerdagangMatawang~

Credit to : Master Nazri Nor (Pengasas teknik TSZC)

Comments

Popular Posts