TRADE THE ENGULFING V2
TRADE THE ENGULFING CANDLE V2
Lagi mengenai Engulfing candle. Kenapa special candle engulfing ni?
Ia adalah kerana sifat candle engulfing mudah untuk di baca dan bentuknya juga mudah untuk dikenalpasti. Kebiasaannya apabila berlaku engulfing maka akan berlaku retracement. Apa akan berlaku jika retracement tak berlaku?
lihat gambarajah di bawah di mana engulfing berlaku tetapi candle terus bergerak mengikut arah dominasi engulfing tersebut tanpa berlakunya retracement. Gambarajah ditandakan dengan kotak biru untuk memudahkan anda untuk mengenalpasti candle engulfing yang dimaksudkan. Ia adalah candle bullish engulfing di mana candle SELL telah di dominasi oleh candle BUY yang panjang di sebelahnya. Kebiasaanya bila berlaku engulfing, akan berlaku retracement ke dalam kotak biru ini (Kotak biru=Entry zone) tetapi dalam kes ini retracement tak berlaku bahkan market terus melakukan kenaikan.
Lihat pula pada gambarajah kedua di mana retracement berlaku pada hari yang berikutnya/ pada waktu yang lain menuju ke arah kotak biru tersebut.
Di sini boleh disimpulkan bahawa apabila tidak berlaku retracement kepada candle engulfing, maka target market akan tertumpu pada kawasan candle engulfing tersebut (kotak biru). Jadi anda boleh memilih untuk meletakkan pending order (buy limit) di kawasan kotak biru tersebut dengan nilaian SL yang dekat 5-10pips di bawah candle sell yang bersebelahan dengan candle buy yang dominan.
Ataupun anda juga boleh entry position SELL dari atas jika ada setup untuk sell dan anda boleh jadikan ruangan kotak biru tersebut sebagai target TP untuk position SELL tersebut.
Comments
Post a Comment