TRADE THE PIN BAR
TRADE THE PIN BAR
Perkongsian kali ini adalah mengenai dengan pin bar. Apakah itu pin bar dan bagaimana untuk mengenali pin bar?
Pin bar adalah bentuk candle yang terhasil apabila market mula bersedia untuk mengubah arah pergerakan dan kebiasaannya ia terhasil apabila market menemukan halangan seperti harga 'support' atau harga 'resistance' yang terdekat dan ianya terhasil di hampir kesemua timeframe (MN-M1).
Ada sesetengah trader menggelarkan pin bar ini sebagai doji, dragon fly doji, shooting star, dan pelbagai lagi nama berdasarkan ciri-ciri dan bentuk yang terhasil. Jom kita kenali kriteria yang menjadikan ia sebagai pin bar. Pertama sekali kita kita lihat dahulu bentuk-bentuk candle yang dikatakan sebagai pin bar tersebut :
Pin bar terdiri daripada bullish pin bar dan juga bearish pin bar. Apabila pin bar terhasil, maka ia adalah signal awalan bahawa market akan berubah arah.
Untuk bullish pin bar (buy candle), apabila terhasilnya bullish pin bar ini, ia adalah signal awalan bahawa market sedang mengubah arah untuk naik ke atas. Untuk bearish pin bar (sell candle) apabila terhasilnya bearish pin bar ini, ia adalah signal awalan yang menunjukkan bahawa market sedang mengubah arah untuk turun.
Seperti yang kita sedia maklum, BULL candle (buy candle) akan membuka harga dari arah bawah candle dan menutup harga apabila candle complete pada bahagian atas candle manakala untuk BEAR candle (candle sell) ia adalah sebaliknya. lihat gambarajah di bawah untuk memahami candle open dan candle close.
Untuk pin bar, jarak antara harga candle open dan candle close mestilah dekat yang membentuk body candle yang kecil dan ia mesti mempunyai shadow candle yang 3 kali ganda panjang daripada body candle atau 3/4 daripada body candle atau lebih. sebahagian pin bar ada shadow yang hujungnya lebih pendek atau kita kenalinya sebagai "nose" atau hidung.
Antara kriteria pin bar yang MESTI ada untuk menjadikan pin bar tersebut valid adalah :
1) Harga Open dan Close candle pin bar tersebut adalah berada di dalam/ di antara candle yang sebelumnya
2) Panjang shadow candle pin bar adalah 3 kali ganda atau lebih daripada body pin bar tersebut
3) NOSE atau hidung yang menonjol dari semua candle yang lain (mesti keluar dari semua candle lain)
Contoh pin bar yang valid
Apabila berlakunya pin bar ini, ia menunjukkan bahawa market sedang bersedia untuk mengubah haluan. akan tetapi kebarangkalian masih ada untuk market meneruskan pergerakan mengikut arah semasa. oleh itu, kebiasaannya trader akan meletakkan point of STOP LOST berdekatan dengan hujung shadow candle sama ada 5pips/10pips daripada hujung shadow pin bar tersebut.
Point of entry pula boleh diambil dalam beberapa keadaan. Pertama ialah selepas candle pin bar ini close, kedua tunggu retracement 50% daripada candle pin bar dan ketiga sewaktu candle break pada 'nose' pin bar tersebut.
Apabila terjadi candle pin bar sell (bearish pin bar) seperti gambarajah di atas, maka trader akan melakukan entry SELL dan apabila terjadi candle pin bar Buy (bullish pin bar) maka trader akan melakukan entry buy.
Ilustrasi di bawah adalah contoh bagaimana untuk mengaplikasi pin bar di dalam trading :
Pin bar ini adalah lebih valid apabila ia terhasil pada harga support/resistance dan lebih valid jika digabungkan dengan konsep price action di mana kewujudan pin bar ini sangat berguna dalam trading kerana peratusan market bergerak mengikut signal pin bar ini adalah tinggi. Terutama sekali jika pin bar ini berlaku di timeframe yang lebih besar seperti timeframe H4 dan juga Daily.
Ada sesetengah trader yang mampu untuk menghasilkan profit yang lumayan hanya dengan menunggu kehadiran pin bar ini untuk mereka melakukan entry market.
Perkongsian akan datang saya akan kongsikan secara lebih mendalam mengenai price action, pin bar, pivot line, candle engulfing dan juga support/resistance serta bagaimana untuk mengenali fake rejection dan valid rejection.
~belajarberdagangmatawang~

Comments
Post a Comment